SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BAGI PENGEBUMIAN JENAZAH DI TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUS SAADAH

1

Permohonan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah (Rantau Panjang) ditawarkan kepada anak mukim di Empat Mukim utama sahaja yang terletak berhampiran/sekitar Tanah Perkuburan Islam berkenaan seperti berikut:-

  • Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)
  • Masjid Mukim Gual Tinggi
  • Masjid Mukim Banggol Kulim
  • Masjid Mukim Taman Sri Rantau

Walau bagaimanapun, bagi jenazah yang diluar 4 mukim utama tersebut, permohonan khusus perlu dibuat kepada pihak MAIK bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2

Keluarga/waris perlu mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Imam mukim masing-masing (4 mukim utama) sebelum melaksanakan proses pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah.

3

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web https://epusara.e-maik.my/ atau berurusan terus di pejabat Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah, Gual Tinggi Rantau Panjang.

4

Segala kos bayaran pengebumian jenazah perlu dibuat melalui penyelia yang bertugas di pejabat Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah dengan merujuk kepada syarat-syarat yang telah digariskan oleh pihak pengurusan MAIK.

5

Permohonan pemasangan belindan bagi si mati boleh dibuat selepas tempoh 3 bulan daripada tempoh pengebumian jenazah tersebut.

NOTA : Maksud anak mukim iaitu orang yang menetap di mukim tersebut termasuk suami, isteri dan anak-anak.